Wednesday, February 23, 2011

Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 1)


Dulu-dulu (hmmm.. sekarang-sekarang pun ada jugak), selalu terbaca di blog, di status FB, orang bercakap/komplen pasal harga rumah terlalu tinggi dan tidak mampu untuk membelinya. Dan kadang-kadang, ada jugak suara-suara yang berani bertanyakan kami suami isteri akan bagaimana kami mampu membeli rumah yang kami ada sekarang (welll… kami ni kan setakat kuli hamba sahaya…)…

Beginilah, biar sia bongkarkan rahsia (ececcececece) bagaimana kami yang setakat hamba sahaya ni mampu membeli rumah yang tidaklah seberapa gahnya itu.

Pada kami suami isteri, kami sedar kemampuan kami sampai di mana. Kami tahu apa kriteria-kriteria yang telah kami tetapkan perlu ada pada rumah yang bakal kami beli. Jadi, semua itu, kami senaraikan dan sambil-sambil itu, kami jenguk-jenguklah jugak duit simpanan yang tidaklah seberapa itu, tanggungan bulanan kami dsb nya…


Kalau ikut kriteria, kami telah tetapkan:

1. Rumah tersebut mestilah dekat dengan rumah mertua sia. Knowing my En. Suami. He is one kind of family man to his family. Dia jenis yang kalau boleh, tiap-tiap hari kena singgah di rumah in law sia. Sebagai isteri, tang tu sia kena paham. Pada sia, itu tidak menjadi masalah. Jadi, kami sama-sama setuju untuk kriteria yang ini.

2. Apabila kriteria pertama telah mengambil kira belah En. Suami, kriteria kedua haruslah mengambilkira keperluan si isteri kan? Kami ni kunun-kununnya ada cita-cita untuk membawa mak pak sia tinggal bersama, jadinya, kalau sudah ada perancangan yang sebegitu, haruslah rumah itu besar sedikittttt… Bukanlah banglo ya!

3. Apabila telah menetapkan harus berdekatan dengan rumah in law sia, haruslah rumah itu di sekitar ibu kota ya puan-puan… Bila bercakap pasal ibu kota dan mahukan rumah yang besar sedikittttt, sendiri mahu ingatlah harganya kan puan-puan? Jadi, kami telah membayangkan bahawa rumah itu mungkin akan berharga sekitar RM200-300k.

4. Kami juga inginkan rumah kami itu hanya setingkat sahaja. Bermaksud, kami tidak mahukan ada tangga di rumah kami.. Hehhehehe… Manyak cekadak betul!

5. Jadi bila sudah disenaraikan 4 kriteria di atas tu, kami rasa kami tidak banyak pilihan untuk membeli rumah yang bagaimana. Setelah di tinjau-tinjau harga pasaran rumah pada tahun kami membeli (tahun 2008), kami mungkin hanya mampu membeli samada kondo ataupun rumah teres 1 tingkat 2nd hand di sekitar Taman Melawati.

6. Dan setelah difikir-fikir dan ditimbang-timbang, kami tidak prefer rumah 2nd hand sebab malas mahu memikirkan hal-hal berkaitan dengan renovation untuk membaikpulih setelah membelinya kelak. Duit lagi tuh!

Setelah menyenaraikan kriteria-kriteria yang di atas ni, kami pun mulalah survey rumah-rumah di sekitar ibu kota…. Survey punya survey, seorang daripada rakan kami cadangkan kami melihat-lihat rumah yang telah kami beli sekarang ni. Masa kami survey tu, kami ni antara pembeli yang last-last lah jugak. Jadinya, harga pun ada sedikit mahal berbanding masa projek tu mula-mula launch. Tapi, memandangkan banyak kriteria yang kami tetapkan dipenuhi, kami tidak berlengah dan terus duduk berbincang bagaimana untuk mendapatkan duit untuk membayar deposit, berkira-kira akan bayaran bulanan yang perlu kami bayar sekiranya kami jadi membeli rumah tersebut dan memerah otak memikirkan samada kami yang hamba sahaya ini mampu hidup apabila sudah perlu mula membayar ansuran bulanan rumah tersebut.

Maka bermulalah proses mengeluarkan duit yang tidak sebanyak mana itu. Dimulakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1k. Kemudian, mencari-cari bank yang menawarkan interest pinjaman perumahan yang paling rendah, skim terbaik dsb nya. Menjenguk-jenguk akaun ASB, ASW, Tabung Haji, KWSP… Habislah semua dijenguk dan dikorek untuk membayar deposit 10%. Habis hampir papa kedana jugaklah kami masa membayar deposit tu…. Huhuhuhu…..


Macam sudah terlalu panjang jak entry ni.. Samb next entry k!




3 orang pot pet on "Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 1)"

Unknown on February 23, 2011 at 2:55 PM said...

Aku masa nk beli rumah cabut bulu ketiak, masa pindah masuk cabut bulu kaki.. Ahaha.. Punya la nk rumah sendiri..

Tp ko betul tang tetapkn kriteria tu.. Kena ukur baju kt badan sendiri kan

ninieZUERYANNIE on February 23, 2011 at 3:32 PM said...

haiyak.. potong betul la stop di tgh2 jalan.. tgh syok imagine alih2 sambung next entry pulak..

mama glam on February 23, 2011 at 3:46 PM said...

Mast: Hahahhahaha. Ko tau xpe, Perumpamaan ko tu memang tepat sekali! Samalah kita mas!

Ninie: Entry macam panjang sangat daaaa... Nanti petang kalau ada masa free masa tunggu laki kita amik, kita sambung k!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery